Saturday, January 30, 2010

Ketika Allah Mencintai Seseorang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “manakala Allah mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril seraya berkata, ‘Aku mencintai si Fulan. Wahai Jibril cintai pula dia’. Jibril pun mencintai orang itu dan mengumumkannya kepada semua penduduk langit. Allah mencintai si Fulan, maka cintai pula dia oleh kalian semua,’ maka semua penduduk langit mencintai orang itu, dan kemudian dia memperoleh kesenangan-kesenangan dari penduduk bumi’”.

Saturday, January 23, 2010

Kenapa berkahwin?


Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat Malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran.


1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat.

Allah SWT telah berfirman :
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’)

2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Allah SWT telah berfirman :
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS at-Taubah)

3 – Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki.

Allah SWT telah berfirman :
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.
(QS an-Nur)

4 – Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Allah SWT telah berfirman :
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS ar-Ruum)

5 – Saya berkahwin kerana sunnah Nabi.

Sabda Rasulullah SAW :
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya : Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a. bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Rasulullah SAW memuji kepada Allah dan bersabda, “Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.”

6 – Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh.

7 – Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin.

8 – Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang terlajak.

9 – Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora.

10 – Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.

11 – Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.

12 – Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia.

13 – Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin.

14 – Saya berkahwin kerana ada yang akan menanggung serba-serbi kehendak saya.





Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah SAW katakan bila berbicara tentang perkahwinan, “Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), Nasaie (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari al-Quran mahu pun dari hadis Rasulullah SAW, ianya telah menyatukan dua insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin? Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?

  1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
  2. Suami/isteri saya telah berubah.
  3. Suami/isteri sudah tidak serasi
  4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
  5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
  6. Kasih sayang sudah pudar.


Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah ali-Imran yang bermaksud : [3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali hadis Rasulullah SAW bahawa wanita dikahwini kerana empat sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah SWT.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” (Hadis riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)

Jangan pernah percaya pada ucapan manis wanita, kerana wanita mempunyai dua mulut yang dapat membuatmu terpikat dan tersepit dalam dusta. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan pujuk rayu lelaki, kerana lelaki mempunyai dua kepala yang selalu mencari alasan untuk berdusta.

Jangan pernah percaya dengan perbuatan baik wanita yang selalu ingin menonjolkan tonjolannya, kerana wanita ingin menunjukkan bahawa tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan perbuatan baik lelaki yang selalu menonjolkan kelelakiannya, kerana perbuatan baik lelaki ingin menunjukkan bahawa tangan yang di atas lebih baik menjalar dan meraba yang di bawah.

Jangan pernah percaya dengan akal dan fikiran wanita tentang dirimu, kerana wanita selalu merasa sebelum berfikir tentangmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan perasaan lelaki tentang dirimu, kerana lelaki selalu berfikir bagaimana untuk merasakan indah tubuhmu.

Jangan pernah percaya dengan tangisan wanita di saat meminta maaf, kerana air mata wanita lebih sakti dan ampuh dari air mata buaya.
Tapi jangan sekali-kali percaya akan tangisan lelaki, kerana tangisan lelaki akan menambahkan lagi tangisan wanita.

Jangan pernah percaya dengan gaya wanita yang sedang bergaya di depanmu, kerana gaya wanita membuatmu hilang akal dan mampu mengempiskan dompetmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan gaya lelaki yang mencari muka di depanmu, kerana gaya lelaki mencari muka dengan maksud mencari kesempatan di belakang untuk mencuri hatimu.

Jangan sekali-kali percaya dengan kecantikan wanita, kerana kecantikan wanita adalah kejelekannya yang terbesar yang terpalit oleh gincu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan kegagahan lelaki, kerana kegagahan akan lebih besar peluangnya untuk memcuit segala keburukkan dalam memperoleh kecantikan.

Apakah matlamat perkahwinan anda?


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."
(Hadis riwayat Muslim)

Sunday, January 17, 2010

Bagaimana engkau dapat menaklukkan orang yang telah mendapatkan petunjuk, di cukupi dan dilindungi

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh..

temanku, berikut ada penangkal jimat syaithan,

Barang siapa yang keluar rumah berkata:
"bismillahitawakkaltu 'alallah laa haula wa laa quwwata illa billaah",

maka dikatakan kepadanya:
"engkau mendapatkan petunjuk, dilindungi dan di cukupi".

Syaithan berkata kepada syaithan lainnya:
"Bagaimana engkau dapat menaklukkan orang yang telah mendapatkan petunjuk, di cukupi dan dilindungi??".

(diriwayatkan oleh At-turmudzi dan dishahihkan oleh al-bani)

keep spirit teman.. semoga hari-hari mu penuh berkah dan rahmat-Nya ALlah hafizhhh...
Allah yubarrik..
*senyum*


Wednesday, January 13, 2010

suami&isteri

http://ahliajannah.blogspot.com/
ALhamdulillah...Kami baru sahaja menyambut Ulang tahun Perkahwinan yang ke-17. Huhuhu...cepat betul masa berlalu. Macam tak percaya..dah 17 tahun kami bersama. Insya Allah, semoga perkahwinan ini kekal bukan hanya di dunia tetapi juga bersama di alam akhirat.

Baru-baru ini, kami tangguh dari jemaah masturat 10 Hari. Masya Allah,berbagai2 ilmu yg Allah beri. Namun sebenarnya, lebih banyak yg kita belajar dalam usaha ini, lebih banyak yg kita sedar kita tak tahu. Pesan eldest, kita kena buat usaha dakwah dengan rase diri kita tak tau dan nak belajar..barulah ALlah akan didik dan beri kefahaman. Nak faham pula, kita kena buat korban habis-habisan dan sungguh2 sampai kiamat. Takde cuti bagi kita selagi syaitan tak cuti.

Maaf lah sebab sy mmg lembab update blog. Rasa bersalah pd kawan2 kerana tak kongsi sama mcm2 yg saya dapat masa keluar ke jalan ALlah. Insya ALlah, saya azam utk tulis seberapa banyak yg sy dapat. Lagipun, lebih banyak yg saya kongsi, maka lebih banyak yg saya ingat. Iye tak?

Antara yg terkesan dlm hati semasa sy keluar kali ini adalah usaha atas wanita/masturat. Pesan Maulana Saad usaha masturat ini adalah sangat penting dan halus. Walau usha ini penting namun jangan sampai langgar tertib, walau usaha ini halus jangan sampai tak buat langsung. Seorang lelaki, jika dia disanjung seluruh manusia di sekeliling dunia dlm usahanya berdakwah, namun, jika istrinya di rumah membangkang dan membenci, maka susah dan beratlah kerja dakwahnya. Di sebaliknya, seorang lelaki, jika dakwahnya dihina, dicaci dan tidak diterima oleh manusia2 sekelilingnya, namun, jika istrinya menyokong dan memberi galakan, maka mudah dan berjayalah usaha dakwahnya. Begitu lah impactnya seorang istri kepada kerja dakwah suaminya.

Nabi Nuh as. telah berdakwah hampir 950 tahun, siang dan malam, tanpa henti2... Namun, tanpa penerimaan dan sokongan dari istri dan anak2nya, maka hanya setakat 80+ orang yg telah menjadi pengikutnya. Bandingkan pula dengan Nabi Luth, yg juga telah beratus-ratus tahun membuat kerja dakwah. Istrinya bukan setakat tidak mahu menerima malahan istrinya telah menentang habis-habisan. Apabila Nabi Luth telah selesai berdakwah berjumpa kaumnya, maka sejurus kemudian istrinya akan datang berjumpa org yg sama dan mengatakan bahawa Nabi Luth adalah penipu, org gila dsb. Istrinya memburuk2kan dakwah suaminya. Hakikatnya, istrinya telah berdakwah yg sebaliknya dari dakwah suaminya. MasyaAllah. Di akhir2 nya tidak ada satu pun yg menjadi pengikut Nabi Luth angkara perbuatan istrinya. Malah Allah swt tleh menurunkan azab yg sgt pedih kepada Kaum Nabi Luth keran perbuatan mereka yg tidak menerima ajaran Nabi Luth dan sememmangnya melampaui batas. Lihat pula bagaimana nabi junjungan kita, Nabi Muhammad saw, asbab korban istri2 dan anak2nya, MasayaALlah, dalam ms yg sangat singkat, 23 tahun, Islam telah tersebar ke segenap pelusuk dunia. Sehinggakan pd zaman sahabat, Islam telah menjangkau 2/3 dunia. Istri beliau, Khadijah (ra)adalah manusia pertama yg menerima Islam. Sewaktu nabi ketakutan dan ragu2 semasa pulang dr menerima wahyu pertama, Khadijahlah yg tlh mententeramkan nabi. Beliaulah yg tlh memberi kata2 semangat dan galakan kpd suaminya. Beliau tlh memujuk nabi, menghilangkan gundah gulana di hati suaminya. Kata khadijah,pasti Allah swt tidak akan sia-kan nabi saw kerana nabi sebenarnya mmg mempunyai kebaikan2, sifat2 dan keperibadian yg terpuji. Mmg selayaknyalah Muhammad saw dipilih sbg nabi dan rasul. Malahan Khadijah sdri tlh kluar rumah dan mencari saudaranya, seorg pendita Kristian utk mendapatkan khidmat nasihat.

Begitulah seorg istri contoh. Berdiri teguh di sebalik perjuangan suaminya. Khadijah seorg hartawan, bangsawan dan jelitawan...namun utk agama Allah, dia telah korbankan segala-galanya. Di saat kematiaanya, badannya kurus kering, hartanya telah habis di infak ke jalan ALlah dan pendapat serta kata-katanya telah tidak lagi diendahkan oleh masyrakat sekeliling. Rasulullah saw menitiskan airmata mengenangkan keadaan beliau ini. Khadijah, yg terkulai lemah di atas pangkuan suaminya, tersedar apabila titisan airmata sumainya jatuh membasahi pipinya. Apabila suaminya menceritakan kesedihannya melihat keadaan istri yg tercinta, Khadijah telah menghiburkan hati suaminya. Sedikit pun tidak timbuk kesal atau sayu atas setiap yg telah berlaku. Malahan beliau telah menawarkan, apabila beliau wafat, gunalah tulang2nya sbg senjata atau utk dibina titi oleh pejuang2 Islam.

MasyAllah, jika kita dengarkan kisah2 istri dan anak2 rasul & para sahabat...maka pasti kita akan rasa malu pada diri kita sendiri. Bagaimanakah kita jika dibanding dengan mereka. Di manakah kita kelak di akhirat nanti. Dapatkah kita berdiri di hadapan Allah swt? APakah yang akan kita jawab apabila Allah swt tanyakan peranan kita di saat2 agama ALlah swt ditinggalkan. Di saat ini...manusia berbondong2 berlari menuju neraka jahannam. Adakah ada kerut di dahi kita? Adakah kita selesa dan berpuas hati dengan agama yg ada dlm diri kita dan keluarga kita sahaja? Akan terlepsakan kita dari perhitungan Allah swt nanti ? Takutnya saya....

Saturday, January 2, 2010

Debat Professor Atheist Dengan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…


Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya


Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Solat Bukan Untuk Allah.

Solat atau sembahyang itu untuk siapa sebenarnya? Adakah dgn menunaikan solat Allah akan menjadi lebih berkuasa dan lebih agung? Adakah sama seperti parti politik yg mendapat kuasa bilamana rakyat mengundi mereka semasa pilihanraya? Manusia sebenarnya tidak sedar yg meninggalkan solat ataupun bersolat tanpa kualiti (tidak fokus atau khusyuk) sebenarnya membuat manusia menuju kemusnahan?

Manusia lebih percaya kepada sesuatu yg nyata, yg realiti, seperti manusia yg mengikut kata2 penceramah politik dan percaya dgn janji2 yg dikotakan ataupun mendapat "imbuhan" dari mana2 pihak sebelum mengundi, baru mereka akan membuat pilihan untuk mengundi mereka atau tidak. Manusia juga menyamakan mengundi dgn solat.

Bila kita melihat cara manusia berdepan dgn Allah, walaupun telah Allah janjikan byk nikmat2 bg mereka yg patuh pada perintahnya tetapi disebabkan tidak percaya (iman) sepenuhnya yg Allah itu maha berkuasa, manusia makin lama makin menjauhi Allah samada bila yg dipohon tidak dapat ataupun tanpa solat pun sudah mendapat nikmat dunia. Ada yg dulunya rajin sembahyang semakin malas, kalau sembahyang pun tidak ikhlas, untuk mengampu, untuk menunjuk2, hanya seminggu sekali sahaja malah ada yg sudah rasa tidak perlu lagi sembahyang.

Bila jawatan sudah ada, jaminan kerja dan gaji bulanan sudah tetap, bila kuasa sudah ada ditangan, bila diri ramai penyokong, buat apa aku perlu sembahyang lagi? Rata2 menjadikan alasan kehidupan moden amat sibuk menyebabkan tiada masa atau peluang untuk bersolat. Sebenarnya semakin manusia menjauhi sembahyang semakin manusia bersifat negatif menuju kehancuran, memang secara kasar bukan diri sendiri yg hancur tetapi umat manusia secara keseluruhan.

Solat sebenarnya merawat prefontal cortex atau nama lainnya frontal lobe, bahagian depan yg otak yg sebenarnya bahagian yg berfikir. Menguasai 30 hingga 40% dari keseluruhan otak, frontal lobe adalah bahagian yg menjalankan fungsi eksekutif, CEO bagi minda, yg menganalisa, memilih, memikir semua kebarangkalian, kemungkinan dan juga akibat dr tindakan2 tertentu lebih menyeluruh bukan setakat kepentingan diri sendiri tetapi kepentingan seluruh masyarakat, lebih bersimpati. Frontal lobe juga menbolehkan kita fokus dalam melakukan sesuatu, baik belajar ataupun untuk mengejar cita2 tertentu. Frontal lobe yg lemah memberi byk kesan buruk pada manusia, lebih bersikap kehaiwanan dan mementingkan diri sendiri. Bukankah ini yg terjadi dizaman yg serba moden dan materialistik ini?

Bagaimana solat merawat otak? Fokus atau khusyuk.. itu jawapannya. Jika kita bertekad untuk cuba fokus pada bacaan, pada makna bacaan tersebut, saat itu sebenarnya kita melatih frontal lobe, seperti masuk gymnasium mengangkat berat untuk melatih otot2 tertentu. Sujud pula menyalurkan darah kebahagian tersebut yg begitu dahagakan oksigen disebabkan aktiviti fokus tadi. Jadi jika diulang2 lama kelamaan bahagian otak depan kita ini akan lebih kuat, dan bila lebih kuat kita akan lebih fokus dan boleh berfikir dgn lebih sempurna.

Sebab itu ada yg menunaikan solat tetapi tetap melakukan kemungkaran, mereka ini selalunya adalah golongan yg tidak khusyuk, sama seperti pergi ke gymnasium dan hanya melihat sahaja "dumbell" tersebut kemudian tertanya2 "aku dah pergi gym tapi mengapa otot tak besar2 jugak". Manusia sebegini mengharapkan dosa2nya akan diampunkan dgn bersolat, tetapi ini hanya akan menjadi putaran "loop" yg berulang2, solat, mungkar, solat mungkar. Jadi bila bukan islam melihat muslim yg sembahyang tetapi berbuat dosa, jatuhlah maruah Islam itu sendiri. Tersenyum sinislah mereka ketika kita cuba menyebarkan syiar Islam.

Sebab itulah sembahyang yg diterima hanyalah sembahyang yg khusyuk kerana ia merawat frontal lobe dan Allah juga berfirman yg manusia amat hampir kepadaNya ketika sujud (Al-Alaq 96:19). Manusia akan tetap hidup seperti biasa walaupun prefrontal cortex yg lemah kerana manusia boleh hidup tanpa berfikir. Berjalan, berlari, memandu, menyiapkan kerja dipejabat ataupun apa sahaja perbuatan2 rutin kerana pada asasnya itu adalah melalui memori (fungsi bahagian otak yg lain). Memori samada dr pembelajaran, persekitaran dan pemerhatian. Yg bahaya sekali adalah pemerhatian melalui tv, ia adalah alat pemukau yg paling berkesan. Seorang artis memakai fesyen2 tertentu sudah cukup untuk mengubah peminat seluruh negara mengikut caranya, jika baik alhamdulilah, jika tidak? Lihat sahaja kesan buruknya. Mengapa? Kerana ramai yg membuat keputusan mengikut rasa dan bukannya mengikut akal dan fikiran sebenarnya.
Bagaimana mengambil keputusan mengikut rasa? Ramai manusia selalu menyebut "aku rasa tak sedap la", "rasa semacam je badan aku ni", "rasa sedih la...", "eeii, meluat rasanya baca tulisan mamat ni", semuanya ikut rasa dan bukan ikut fikiran. "Rasa" ini sebenarnya adalah adalah rembesan dr neurochemical or peptide" yg dirembeskan oleh otak bilamana manusia mengalami sesuatu dan ini memberi kesan kepada sel2 badan. Jadi bila ambil keputusan ikut rasa sebenarnya tak berfikir. Sebab itu manusia terus melakukan dosa kerana "rasa", contohnya bila rasa "sedap" bila selalu duit mudah melalui rasuah, amatlah sukar untuk diubah kerana selalu ber"fikir" ikut rasa, bukan ikut akal.

Solat adalah salah satu cara boleh mengalihkan diri kita dari mengambil keputusan mengikut rasa, keputusan yg berfikir. Keputusan yg lebih menyeluruh mengambil semua kebarangkalian termasuk kesan kepada masyarakat dan persekitaran. Solat untuk kebaikan manusia itu sendiri sebenarnya, sesuai untuk kehidupan manusia, baik dari zaman nabi hinggalah ke hari kiamat. Semakin manusia meninggalkan solat semakin itu dunia menuju kehancuran, tidak perlu kiamat, kehidupan bg sesetengah manusia sekarang sudah seperti di neraka tetapi tidak pernah terfikirkah mereka mengapa?

Solat itu kerana Allah tetapi bukan untuk Allah, untuk kebaikan manusia itu sendiri. Walaupun tiada seorang pun manusia yg menunaikan solat, Allah akan tetap agung, tidak berkurangan zat2 Allah itu. Patuhnya kita menunaikan solat itu tanda bersyukur dan berterimakasih kepadaNya lantaran menambahkan lebih lagi nikmat dr sumber yg tidak disangka-sangka. Tetapi nikmat sembahyang itu hanya boleh dirasai bg yg benar2 ikhlas & fokus/khusyuk didalam sembahyangnya.
Teramat benarlah apa yg dilaungkan oleh bilal ketika azan.. Haiya alal falah.. Marilah menuju kejayaan, iaitu kejayaan dunia dan akhirat.