Saturday, December 5, 2009

hadis palsu Peristiwa Tulisan Agung


Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Dajanah berkata, "aku telah mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata", Wahai Rasulullah, sedang aku berbaring, tiba-tiba aku mendengar desiran suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti suara lebah. Dan aku terlihat pancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruangan rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu, aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar."

Lalu Rasulullah SAW menerangkan, "Itu adalah syaitan yang mahu mengganggu dan membuat keburukan di rumahmu, wahai abu Dajanah."

Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib menulis tulisan ini. Maka Saidina Ali pun menulisnya seperti berikut :


Maksudnya;

"Inilah perutusan dari Muhammad Rasul sekian alam. Kepada mereka yang datang mengerjakan umrah dan berziarah. Amma ba’du. Sesungguhnya kebenaran itu adalah perlindungan bagi kita. Jika engkau terlalu baik, jahat, pemimpin yang sebenar ataupun yang bathil. Inilah kitab Allah yang membicarakan dengan sebenar-benarnya kepada kita, sesungguhnya Kami mencatatkan apa yang kamu lakukan dan malaikat kami menulis segala apa yang engkau sembunyikan. Tinggalkanlah pembawa utusan ini dan pergilah kepada penyembah berhala dan mereka yang menyangka bahawa ada tuhan lain selain Allah. Katakanlah tiada tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu akan hancur melainkan Dia. Baginyalah segala ketentuan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Haa Miiim, mereka tidak akan diberi pertolongan, Haa Miim, Ain Siiin Qaaf. Berpecah belahlah musuh-musuh Allah, Hujah Allah itu amat jelas, Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Allah. Allah akan memberikan kecukupan kepadamu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maha benarlah Allah Yang Maha Besar."

Aku membawa tulisan tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama kemudian, aku mendengar jeritan dan tangisan berkata, "Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan tersebut." Demi kebenaran sahabat Mu, tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku berjanji tidak akan datang mengganggumu lagi. Abu Dajanah menjawab, "Aku tidak akan membuangkannya sehingga Rasulullah menyuruh aku membuangnya."

Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang subuh. Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah, aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.

Dibawah disertakan soaljawab tentang hadis tersebut Soalan:
1. Apakah status kesahihan hadis ini?

2. Dikatakan juga bahawa ianya peristiwa tulisan agung dan keistimewaannya dpt menghalang gangguan makhluk halus, menghalang ilmu hitam dll.


3. Jika ianya hadis sahih, bolehkah tulisan tersebut dibuat tangkal utk budak-budak menangis mlm atau utk kegunaan sendiri? (semuanya sekadar ikhtiar)

4. Bagaimanakah cara yg sebaiknya utk beramal dgn hadis diatas, tulisan tersebut dilipat dan dibawa bersama, dibuat tangkal atau sebaiknya sekadar menghafal ayat tersebut dan dibaca bila perlu?


5. Bagaimanakan status pengunaan tangkal terutama utk kanak yg pada asalnya utk mengelakkan [email]sawan@menangis[/email] yg payah berhenti. Tangkal tersebut mengandungi ayat2 Al-quran atau tulisan yg tidak mengandungi unsur2 memuja atau syirik dan adab2 lain dijaga seperti tidak dibawa ketandas.

dll
Post subject: Re: SJ-2099: Kesahihan hadis Abu Dujanah ------------------------------------------------------------------------
Jawab:

1. Status hadis tangkal Abu Dujanah ini adalah Maudhu' (palsu). Ia dikeluarkan oleh Imam alBaihaqee dalam Daailan Nubuwwah 1/118. Imam alHafedz Jalaludin asySyuyuti mentakhrijkan sebagai maudhu' (Allaali ul Masynu'ati fil Ahadithil Mawdhu'ati 2/347)


2,3,4 Tidak releven sebab ia hadis palsu


5. Penggunaan tangkal dalam perubatan adalah khilaf fiqhi. Imam Hasan alBanna (Risalah Ta'alim, Usyul Asyreen #4) menyerahkan kepada umat Islam dengan syarat berikut spt mana yg digariskan oleh Imam Syuyuti (Fathul Majid/128):
a. Ia berbentuk ayat AQ, asma' Allah atau sifatnya b. dengan bahasa Arab yg dimengerti maknanya c. I'tikad bahawa tangkal tidak boleh memberi kesan dgn sendirinya. Syaikh Muhammad alGhazali, mujtahid terbaik abad ini menolak tangkal walaupun dari ayat AQ kerana dalil2 melarangnya adalah umum dan juga atas kaedah Sadd adDzara'iy, yakni jika dibolehkan tangkal dari ayat AQ, ia membuka ruang kepada tangkal dari perkara2 lain.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat


http://www.darulnuman.com/mhikmah/tulisan.html


No comments: