Saturday, May 1, 2010

keep istiqomah&Dzikr


Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam
risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha

* zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* zikir menggembirakan hati

* zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* zikir memurahkan rezeki

* zikir adalah sinaran hati dan muka

* zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan
kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh
islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu
merupakan pintu cinta Ilahi.

* zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu
membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka
manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan
sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan
dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia
bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir
maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat
merapatkan diri kepada Allah.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat
kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151)
"Fazkuruunii azkurkum" ertinya
"kerana itu ingatlah kamu kepadaku, nescaya Aku ingat pula kepada
mu".

No comments: